Sejauh mana perniagaan tempatan disokong?

Sektor perniagaan semakin pesat berkembang di negara kita ibarat ‘cendawan yang tumbuh selepas hujan’ namun rata-rata peniaga tempatan ini hanyalah terdiri daripada perniagaan kecil-kecilan.

Justeru timbul satu persoalan, sejauh manakah peniaga tempatan diambil peduli dan disokong untuk berjaya?

Kebanyakkan masalah seperti ini hadir kerana terlalu banyak saingan dengan syarikat-syarikat besar, yang mana mereka lebih mampu untuk menonjolkan perniagaan mereka.

Pada ketika ini, semakin banyak bangunan-bangunan gedung membeli-belah yang dibina.

Namun, amat mengecewakan kedai-kedai yang mengisi ruang di dalam bangunan tersebut masih sama dan tidak banyak kedai tempatan yang menyewa di dalam bangunan tersebut.

Pada pendapat saya, tidak mustahil bagi pihak relevan untuk membina satu bangunan atau pusat membeli belah yang dikhususkan hanya boleh disewa oleh peniaga tempatan sahaja dengan kadar harga sewa yang berpatutan. Dalam masa yang sama, ia turut dapat membantu peniaga-peniaga kecil untuk tampil dan mengenalkan perniagaan mereka.

Pengguna