Sejumlah lagi bandar China ditutup

HANGZHOU, CHINA, 5 FEB – Jutaan lagi penduduk telah diarahkan untuk duduk di rumah ketika China berusaha mengekang penularan virus baharu itu yang pihak berkuasa katakan hari ini telah mengorbankan hampir 500 orang.

Dengan lebih 24,000 kes jangkitan di China, sejumlah besar bandar telah dikenakan pelbagai pengehadan beberapa hari sehingga jauh ke wilayah tengah Hubei, tempat bermulanya wabak, ketika pihak berkuasa bergelut untuk menangani virus itu.

Kebimbangan global telah memuncak ketika kes itu terus menular ke luar negara, dengan 10 orang diuji positif virus di kapal yang dikuarantin di luar pantai Jepun.

Itali mengumumkan para penumpang dari setiap penerbangan antarabangsa akan disaring bagi demam tersebut.

Di Hangzhou, kira-kira 175km barat daya Shanghai, pagar-pagar telah menyekat jalan-jalan dekat ibu pejabat syarikat gergasi teknologi China, Alibaba – salah sebuah syarikat paling bernilai di dunia – ketika jet pejuang berlegar-legar di udara.

Bangunan itu kelihatannya ditutup, sementara penghantar masuk dan keluar dekat kawasan kediaman yang disekat untuk menghantar barang-barang runcit. Ramai orang juga dilihat keluar.

Sekatan itu dikenakan kepada sebuah dari tiga daerah Hangzhou yang tertakluk kepada penyekatan baharu yang membenarkan hanya seorang dalam sebuah rumah itu dapat keluar setiap dua hari untuk membeli barang keperluan.

Kira-kira tiga lagi bandar di wilayah Zhejiang – Taizhou, Wenzhou dan sebahagian Ningbo – telah dikenakan langkah sama, menjejaskan 18 juta orang. – AFP

Seorang wanita memakai topeng muka ketika membeli-belah di Hema, kedai Alibaba di Hangzhou, Shanghai pada 5 Februari. – AFP