Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Sejuta ayam dijangkiti selesema burung

    DES MOINES, 1 NOV – Sebuah lagi ladang telur komersial di Iowa dijangkiti selesema burung semalam, selepas kes pertama membabitkan ladang ayam belanda yang dikenal pasti pada April lalu.

    Kes terbaharu itu membabitkan ladang yang menempatkan hampir 1.1 juta ayam di Wright County, kira-kira 130 kilometer dari utara Des Moines, ibu kota Iowa.

    Sebanyak 15 ladang komersial di Iowa dijangkiti penyakit tersebut tahun ini, termasuk ayam belanda, ayam penelur dan pedaging, selain lima ladang ternak lebih kecil.

    Berikutan kadar penularan virus yang sangat tinggi, semua unggas di ladang yang dijangkiti penyakit itu akan dibunuh dan dilupuskan bagi mengelak jangkitan.

    Iowa paling teruk terjejas membabitkan lebih 13.3 juta unggas dijangkiti tahun ini, dengan angka itu tidak termasuk jumlah ternakan di ladang yang baru dikenal pasti dijangkiti virus terbabit. – AFP

    Ayam-ayam berjalan di kawasan berkurung di ladang organik di Iowa. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...