Sejuta dos vaksin China tiba di Serbia

BEIJING, 17 JAN – Sebanyak sejuta dos vaksin COVID-19 yang dibangunkan Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm) selamat sampai di Belgrade, Serbia kelmarin pagi.

Presiden Serbia, Aleksandar Vucic dan Duta China, Chen Bo berada di lapangan terbang bagi menyambut ketibaan kumpulan pertama vaksin itu.

Vucic dalam ucapannya menyifatkan penghantaran itu lambang persahabatan erat kedua-dua negara sekali gus menyediakan perlindungan kepada 500,000 rakyat Serbia.

Beliau turut mengumumkan akan menerima suntikan vaksin Sinopharm dan yakin dengan kualiti vaksin dibangunkan China. – Bernama

Gambar fail bertarikh 10 Januari menunjukkan jarum suntikan mengandungi vaksin COVID-19 dihasilkan oleh Sinopharm di Hospital Seychelles, Victoria.– AFP