Sejuta penduduk Korea S divaksin dalam 40 hari

SEOUL, 6 APRIL – Hampir sejuta penduduk Korea Selatan sudah menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam masa 40 hari sejak kempen vaksinasi mula dilancarkan, kata pihak berkuasa kesihatan pada Selasa.

Setakat ini seramai 999,870 orang menerima dos pertama manakala 27,691 lagi telah disuntik kedua-dua dos, lapor agensi berita Yonhap memetik Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).

Kempen vaksinasi bermula pada 26 Februari, dengan keutamaan kepada petugas kesihatan dan kakitangan barisan hadapan serta pesakit berusia di bawah 65 tahun.

Korea Selatan menggunakan vaksin yang dihasilkan syarikat gergasi farmasi Britain-SwedenAstraZeneca dan Universiti Oxford serta vaksin PfizerInc. keluaran farmasi Amerika Syarikat. – Bernama