Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    ‘Sekarang saya boleh santai!’

    SEPANG, 24 OKT – Francesco Bagnaia mengatakan akhirnya dia boleh santai selepas memenangi perlumbaan MotoGP Malaysia yang dramatik pada Ahad, yang hampir pasti menjadikan dia juara dunia pada musim ini.

    Namun, keputusan masih belum muktamad, selepas seterunya Fabio Quartararo berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga sekali gus membawa perebutan gelaran juara dunia ke pusingan terakhir di Valencia, Sepanyol, dalam masa dua minggu.

    Sepatutnya Bagnaia boleh digelar juara dunia jika Quartararo tidak mendapat kedudukan podium di Sepang.

    Bagnaia menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 40 minit 14:332 saat, 0.270 saat di hadapan Enea Bastianini.

    Quartararo pula di tempat ketiga dengan 2.7saat di belakang.

    Penunggang Itali daripada pasukan Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia melambai ke arah para peminat selepas memenangi perlumbaan MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini. – AP

    “Sekarang saya boleh santai!”

    Bagnaia hanya perlu menamatkan perlumbaan di tempat ke-15 atau ke atas semasa di Sepanyol nanti untuk dinobatkan sebagai juara dunia buat kali pertama.

    “Hujung minggu lalu adalah sedikit sukar selepas beberapa kesilapan yang saya lakukan semalam. Semasa di Valencia nanti, kami perlu faham yang kami boleh menjadi kuat tanpa perlu bekerja keras seperti yang kami lakukan semalam. Hari ini rentak kami bagus tanpa perlu melakukan perkara yang keterlaluan.”

    Bagnaia bermula di kedudukan kesembilan, namun berjaya melakukan permulaan yang sangat baik sehingga mampu memintas ramai pelumba dan mendapat tempat kedua di penghujung pusingan pertama.

    “Saya telah berikan yang terbaik dalam hidup saya,” kata Bagnaia. “Ia amat sempurna.”

    Dinamik perlumbaan telah berubah pada pusingan ketujuh apabila pendahulu perlumbaan, Martin terbabas, sekali gus membenarkan pelumba Ducati itu mengambil kedudukan nombor satu sehingga perlumbaan tamat. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...