Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Sekat eksport ayam: Bukan keputusan yang mudah

    SINGAPURA, 2 JUN – “Bukan satu keputusan mudah untuk kami buat,” kata Khairy Jamaluddin mengenai keputusan Malaysia menghentikan eksport sehingga 3.6 juta ayam mulai 1 Jun yang turut menjejaskan bekalan ke Singapura.

    “Kami menghargai hubungan dua hala dengan Singapura. Jadi kami berharap ini adalah langkah sementara sehingga keadaan bekalan dan harga di Malaysia stabil,” kata Menteri Kesihatan itu kepada pemberita hari ini.

    Beliau menjawab pertanyaan pemberita mengenai sejauh mana kejayaan larangan import dalam mengawal harga dan menstabilkan bekalan ayam.

    Khairy berada di sini selama empat hari sejak 31 Mei 2022 hingga 3 Jun untuk Felow Pertukaran Lee Kuan Yew.

    “Jelas sekali, kami berada dalam situasi yang sangat sukar memandangkan isu rantaian bekalan berkait dengan isu makanan dan perubahan iklim yang telah menjejaskan masa yang diambil untuk ayam itik membesar dan memasuki pasaran. Jadi gabungan semua faktor itu telah menyebabkan kekurangan dalam bekalan dan membawa kepada harga yang tinggi di Malaysia.

    Seorang penjual menyediakan ayam yang baru disembelih di pasar basah Kampung Baru di Kuala Lumpur, Malaysia pada 31 Mei. – AP

    “Walaupun negara sudah tentu akan mendahulukan keperluan makanan mereka sendiri, kami juga sedar bahawa kami mempunyai tanggungjawab sebagai pengeksport kepada negara jiran kami termasuk Singapura,” katanya.

    Bagaimanapun, Khairy berkata, keadaan semakin pulih.

    “Kami bekerjasama rapat dengan pengeluar ayam di Malaysia untuk memastikan mereka dapat meningkatkan pengeluaran. Kami juga sedang melihat makanan gantian untuk memastikan kami mempunyai bekalan makanan yang berpatutan untuk ayam itik.

    “Apabila perkara ini selesai, sudah tentu, kami berharap untuk meneruskan eksport ayam itik kami termasuk ke Singapura,” katanya.

    Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata kira-kira 34 peratus daripada import ayam Singapura pada 2021 adalah dari Malaysia – hampir kesemuanya diimport sebagai ayam hidup yang disembelih dan disejukkan di Singapura. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...