Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Sekat internet elak keganasan agama

    JAIPUR, 29 JUN – Ratusan anggota polis dikerahkan dan rangkaian internet disekat di sebuah bandar India hari ini berikutan dakwaan pembunuhan seorang tukang jahit Hindu oleh dua orang lelaki Muslim. Udaipur, yang terletak di bahagian barat India, telah melaksanakan perintah berkurung separa bagi mengawal kemungkinan berlakunya keganasan agama selepas video yang menunjukkan cubaan memenggal kepala tular.

    Akses internet disekat di beberapa bahagian lain di negeri Rajasthan, dan pihak berkuasa tempatan mengeluarkan arahan penggantungan perhimpunan melebihi empat orang di mana-mana kawasan di negeri itu selama sebulan.

    Upacara pengebumian bagi lelaki terbunuh itu akan diadakan pada hari ini.

    Mangsa dilaporkan seorang tukang jahit yang mengongsikan hantaran di media sosial menyokong kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini mengenai Nabi Muhammad SAW oleh seorang jurucakap wanita bagi parti pemerintah Hindu, Parti Bharatiya Janata (BJP).

    Ucapan oleh Nupur Sharma dalam perdebatan di televisyen pada penghujung Mei lalu mencetuskan bantahan yang bertukar menjadi ganas di beberapa bahagian di India dan demonstrasi diadakan di seluruh negara Islam.

    Dalam video yang tular, menunjukkan dua orang lelaki yang didakwa pembunuh memegang pisau dan mengugut untuk membunuh Perdana Menteri Narendra Modi dan Sharma. – AFP

    Anggota polis dikerah di Ajmer bagi mengelak berkemungkinan berlaku keganasan agama selepas seorang lelaki Hindu dibunuh di Udaipur. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...