Sekat perjalanan ke dua wilayah China

KUALA LUMPUR, 9 FEB – Sekatan perjalanan ke Malaysia, yang kini dikenakan ke atas pelawat China dari Wilayah Hubei termasuk Wuhan, pusat penularan koronavirus novel 2019 (2019-nCoV), kini diperluaskan kepada Wilayah Zhejiang dan Wilayah Jiangsu berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata ini berikutan tindakan pihak berkuasa di China, termasuk pihak berkuasa tempatan yang membuat sekatan pergerakan keluar dan masuk terhadap Wilayah Zhejiang melibatkan lima bandar dan Wilayah Jiangsu (dua bandar). – Bernama