Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS sekat perjalanan ke Eropah

    WASHINGTON, 12 MAC – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan keputusan mengejut tegahan perjalanan 30 hari ke tanah besar Eropah disebabkan penularan pandemik koronavirus yang mencetuskan pengurungan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, mencetuskan kepanikan dan kejatuhan pasaran kewangan.

    “Ini merupakan tindakan paling agresif dan usaha terkini untuk menangani virus dari luar dalam sejarah moden,” Trump berkata, selepas presiden tersebut dikritik atas respons beliau setakat ini.

    Larangan perjalanan yang dibuat oleh Trump akan menjejaskan perjalanan dari Eropah – kecuali Britain – di mana Eropah kini bergelut dengan krisis yang semakin berkembang.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengumumkan kelmarin, secara rasmi sebanyak 124,000 orang telah disahkan positif menjangkiti koronavirus dengan 4,500 kematian, menurut perkiraan oleh AFP.

    Itali, antara negara yang paling teruk terjejas, melaporkan 2,300 kes baharu dalam tempoh 24 jam dan jangkitan di Sepanyol meningkat kepada lebih dari 2,100.

    Presiden AS, Donald Trump ketika membuat pengumuman dari Pejabat Oval di Rumah Putih mengenai larangan perjalanan ke Eropah untuk tempoh 30 hari. – AP

    Konsulat Jerman, Angela Merkel berkata pakar memberitahu bahawa ’60 ke 70 peratus penduduk dunia akan dijangkiti jika sekiranya situasi’ berlanjutan tanpa sebarang vaksinasi.

    Penduduk Itali telah diarahkan untuk berada sekurang-kurangnya tiga kaki dari sesama sendiri dan diharamkan untuk berjabat tangan.

    Dengan mengikuti jejak yang telah dilakukan di seluruh dunia, Trump mengumumkan langkah-langkah bertujuan untuk menyokong ekonomi terbesar dunia daripada pandemik, termasuk menunda pembayaran cukup bagi sesetengah orang dan peniaga – memindahkan kecairan tunai kira-kira AS$200 bilion.

    Pegawai Rumah Putih terpaksa membuat penjelasan selepas Trump mengumumkan ‘jumlah perniagaan dan kargo yang banyak’ dari Eropah akan disekat.

    Washington kemudiannya menekankan langkah-langkah, yang akan berkuat kuasa bermula ‘tengah malam hari Jumaat’, hanya akan dikenakan terhadap manusia, bukan pada barangan dan kargo. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda