Sekatan di Canberra dilanjutkan sehingga pertengahan Oktober

SYDNEY, 14 SEPT – Pihak berkuasa Australia hari ini melanjutkan perintah berkurung di ibu negara Canberra sehingga pertengahan Oktober ketika program vaksinasi dipertingkatkan.

Kira-kira 400,000 penduduk Canberra dikenakan perintah berkurung sejak 12 Ogos ketika satu kes COVID-19 dikesan. Kini ia mempunyai 250 kes aktif akibat varian Delta yang mudah menular.

Ketua Menteri Australia Territory Capital (ATC), Andrew Barr berkata pihak berkuasa membendung penularan sambil memastikan penduduk Canberra divaksinasi sepenuhnya.

“Ini merupakan langkah paling selamat dan akan membawa kepada Krismas yang lebih selamat, tempoh percutian musim panas yang lebih selamat dan 2022 yang lebih selamat,” katanya kepada wartawan.

Pelaksanaan program vaksinasi Australia meningkat dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Jutaan penduduk dikenakan sekatan pergerakan di bahagian tenggara yang padat penduduk termasuk Sydney dan Melbourne.

Hampir 53 peratus daripada penduduk berusia 16 tahun ke atas menerima dos lengkap, iaitu kadar vaksinasi penuh tertinggi di Australia. – AFP