Sekatan Jepun naikkan harga cip memori

SEOUL, 22 JULAI – Kebanyakan harga cip memori meningkat 25 peratus dalam tempoh dua minggu lepas, berikutan sekatan Jepun terhadap eksport bahan berteknologi tinggi ke Korea Selatan, lapor agensi berita Yonhap.

Harga cip memori akses rawak dinamik (DRAM) mencecah 25 peratus kepada AS$3,736 pada Jumaat berbanding AS$3,030 pada 5 Julai, sehari selepas Jepun mengumumkan sekatan eksport.

Cip memori imbasan NAND pula meningkat 6.1 peratus kepada AS$2,493 berbanding AS$2,350 untuk tempoh sama, menurut firma penyelidikan pasaran global DRAMeXchange. “Memandangkan tiada faktor

tertentu yang dapat memacu harga di pasaran, sekatan Jepun dilihat memberi kesan kepada kenaikan harga,” kata pegawai industri berkenaan pada Sabtu.

Keadaan itu juga dijangka akan terus menyumbang kepada peningkatan harga cip memori. – Bernama