Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Sekatan ke atas Rusia, beri kesan terhadap KDNK global

    WASHINGTON, 15 MAC – Sekatan dikenakan Barat terhadap Rusia bakal memberi kesan mendalam kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) global berbanding impak konflik, kata Presiden Bank Dunia, David Malpass, kelmarin.

    Beliau berkata demikian dalam sesi temu bual secara maya dengan The Washington Post, lapor Sputnik.

    Katanya, jika Moscow berusaha mencari jalan untuk menamatkan konflik di Ukraine, masyarakat antarabangsa boleh memikirkan apakah tindakan yang bersesuaian terhadap Rusia.

    Pada 24 Februari lalu, Rusia melancarkan operasi khas di Ukraine selepas republik rakyat Donetsk dan Luhansk meminta bantuan untuk mempertahankan diri daripada tindakan tentera Ukraine.

    Menurut Kementerian Pertahanan Rusia operasi itu hanya bertujuan memusnahkan infrastruktur ketenteraan Ukraine dan tidak menyasarkan penduduk awam. Sebagai tindak balas, Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya mengenakan sekatan menyeluruh terhadap Rusia. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...