Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Sekatan ke atas Rusia jejaskan pasaran minyak

    KUALA LUMPUR, 7 MAC – Sekatan ke atas Rusia akan memberi implikasi buruk kepada pasaran minyak kerana negara tersebut menguasai lebih 10 peratus daripada bekalan minyak global.

    Maybank Investment Bank (Maybank IB) berkata Rizab Petroleum Strategik (SPR) yang diselaraskan oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, serta kemungkinan besar perjanjian nuklear AS-Iran akan mengurangkan peningkatan dalam jangka pendek.

    “Itu bukan penyelesaian jangka panjang kepada pasaran. Iran adalah penggalak sentimen untuk jangka pendek dan bukan jawapan kepada ketidakpadanan permintaan-penawaran. Ia kemungkinan menghadapi kesukaran untuk menyediakan pengeluaran tambahan berikutan kekurangan pelaburan yang teruk akibat sekatan pada masa lalu,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

    Laporan itu turut menyatakan AS dan sekutu Eropahnya sedang meninjau kemungkinan pengharaman import minyak Rusia.

    Harga minyak mentah kini berada pada paras tertinggi sejak 2008, mencecah AS$139 setong untuk seketika.

    Maybank IB berkata landskap geopolitik yang semakin meningkat seperti krisis Rusia-Ukraine akan memburukkan lagi keadaan dan ini akan menyaksikan harga minyak berada pada paras yang lebih tinggi dan tidak menentu. – Bernama

    Sekatan ke atas Rusia akan memberi implikasi buruk kepada pasaran minyak kerana negara tersebut menguasai lebih 10 peratus daripada bekalan minyak global. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...