Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekatan keluar dari Sabah dikuatkuasakan 12 Okt

    KUALA LUMPUR, 6 OKT – Bermula 12 hingga 25 Oktober depan, sekatan perjalanan keluar dari Sabah akan dikuatkuasakan berikutan peningkatan kes COVID-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

    Beliau berkata, sekatan perjalanan itu meliputi perjalanan dari Sabah ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

    “Bagaimanapun terdapat pengecualian khas diberikan kepada kes-kes tertentu yang melibatkan kes kecemasan, kematian, perkhidmatan perlu dan lain-lain, yang perlu mendapat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    “Mereka yang telah mendapat kebenaran, perlu menjalani ujian saringan COVID-19 oleh KKM setibanya di pintu masuk destinasi masing-masing,” katanya dalam kenyataan harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKP) di sini hari ini.

    Jelasnya bagi pergerakan masuk ke negeri itu pula, kebenaran akan diberikan kepada beberapa kategori iaitu rakyat Sabah yang memegang MyKad kod H dan pasangan kepada rakyat Sabah yang memiliki pas imigresen Malaysia, yang sah tempoh yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Sabah atau bukti perkahwinan dan sijil lahir anak.

    Selain itu kebenaran turut diberikan kepada pekerja bidang perkhidmatan perlu yang mempunyai pas Imigresen Malaysia yang sah tempoh dan pelajar bukan rakyat Sabah yang mempunyai kad pelajar daripada Jabatan Imigresen Malaysia, Sabah.

    Turut dibenarkan, pemastautin tetap Sabah yang memiliki MyPR kod H atau Kad Permit Masuk atau endosmen permit masuk, dalam pasport.

    Katanya bagi anggota perkhidmatan awam persekutuan yang berkhidmat di Sabah, mereka perlu mendapatkan cop Seksyen 66(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 di Pejabat Imigresen Sabah, setelah masuk ke negeri itu. – Bernama

    Pusat ujian saringan COVID-19 di sebuah klinik di Selangor bagi penduduk yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah antara 20 hingga 26 September lalu. Sabah akan menguatkuasakan sekatan perjalanan dari Sabah bermula 12 Oktober ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda