GAZA – Seorang nelayan dari Palestin, Said Habil yang menetap berhampiran dengan Semananjung Gaza harus merentasi ombak dengan menggunakan bot buruknya demi berusaha untuk menangkap ikan walaupun sekatan Israel kelihatan terus menghalang tugasannya itu.
Habil yang berusia lebih dari 60 tahun telah meluangkan waktu dua per tiga daripada kehidupannya sebagai seorang nelayan. Lelaki itu telah membuat aduan berhubung mengenai sekatan Israel di Gaza sejak tahun 2007 dan ia merupakan tempoh terburuk di sepanjang kariernya.
Di bawah Perjanjian Keamanan Oslo, yang ditandatangani antara Israel dan Pertubuhan Pembebasan Palestin pada tahun 1993 menjelaskan bahawa nelayan Palestin dibenarkan untuk memancing di kawasan seluas 20 batu nautika.
Hakikatnya, Tentera Laut Israel telah mengurangkan zon memancing hingga enam batu dan ada kalanya mencapai tiga batu selepas Israel mengenakan sekatan di kawasan itu berikutan daripada pengambil alihan secara keras berikutan pergerakan Islam Hamas di wilayah pantai pada tahun 2007.
Israel mengatakan bahawa mereka telah menekankan sekatan maritim untuk memastikan tiada sebarang aktiviti penyeludupan senjata di kawasan pantai.
Ketika kembali ke pelabuhan Gaza pada sebelah pagi, Habil yang juga merupakan seorang pelarian jelas memperlihatkan rasa kepuasan apabila berjaya pulang dengan hasil tangkapan ikan yang agak terhad namun tetap dapat memenuhi keperluan keluarganya yang memiliki seramai 10 orang ahli.
“Kami memang berpuas hati dengan apa yang kami dapat dan berharap agar ia akan menjadi bertambah baik,” jelas Habil kepada Xinhua ketika dia memindahkan tangkapan ikannya ke dalam kotak kecil dan turut menjual sebahagiannya kepada penjual ikan di pasar.
Di Gaza, nelayan biasanya meluangkan masa sepanjang malam di laut dan hanya akan kembali ke kawasan pelabuhan pada waktu petang.
Perbandingan antara masa lalu dan masa kini memang agak sukar bagi Habil yang mewarisi kerjaya memancing dari ayahnya dan turut menurunkannya kepada anak-anaknya.
“Memancing sememangnya merupakan satu aktiviti yang menguntungkan pada masa lalu. Ia adalah mudah untuk melakukan sistem navigasi di laut, malah kita juga berpeluang untuk pergi ke al-Arish di Mesir. Ketika itu tiada masalah dihadapi dan bekalan makanan bagi penduduk di persekitaran juga berada pada tahap mencukupi,” jelasnya dengan nada sedih.
Warga emas itu juga menyatakan bahawa keadaan itu jelas berbeza pada masa kini di mana sekatan yang dilakukan oleh Israel telah menjadikan kawasan lautan seperti sebuah neraka.
Musim penangkapan ikan sardin yang dianggap sebagai peluang keemasan bagi nelayan di Gaza baharu sahaja berakhir, namun Habil dan rakan-rakannya kelihatan agak kecewa pada tahun ini kerana hanya berjaya menangkap ikan pada jumlah yang terhad berikutan daripada sekatan yang dilaksanakan oleh Israel.
“Pada kebiasaannya, musim sardin bermula pada bulan April dan berakhir pada bulan Mei pada setiap tahun, Israel pula kerap memperkuatkan sekatan pada musim tersebut,” terang Habil sebaik sahaja dia selesai memindahkan ikan ke dalam kotak plastik.
Anak lelaki bongsu Habil, Mohammed yang juga merupakan ayah kepada tiga orang anak telah berusaha untuk mencari pekerjaan yang lebih selesa namun keadaan ekonomi yang semakin merosot dan kadar pengangguran yang tinggi di Gaza jelas tidak memberi peluang kepadanya melainkan hanya bekerja dengan bapanya.
“Sebagai tambahan kepada sekatan tentera laut Israel, kami juga berhadapan dengan pelbagai kesukaran lain dalam penyediaan bekalan kerja terutama 300 liter minyak setiap hari bagi memastikan enjin bot dapat beroperasi,” jelasnya.
Puluhan nelayan di Palestin telah terkorban dan ratusan lagi telah ditangkap oleh Tentera Laut Islam dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Penyelaras Jawatankuasa Nelayan di Semananjung Gaza, Zakaria Baker menjelaskan bahawa seramai dua orang nelayan telah terkorban dan 30 orang lain pula tercedera akibat terkena serangan daripada tentera laut Israel sejak awal tahun ini. Baker menjelaskan sejak Januari lalu, pasukan Israel telah menangkap lebih daripada 50 nelayan dan hanya membebaskan mereka selepas melakukan siastan selama berjam-jam.
Menurut Baker, tentera Israel juga telah merampas 18 bot nelayan Palestin sejak awal tahun ini.
Sekitar 3,800 nelayan yang beroperasi dengan 700 buah bot di Semananjung Gaza dan 70,000 penduduk Palestin menyara kehidupan dengan melakukan aktiviti penangkapan ikan.
“Lebih peratus berada di bawah ancaman kemiskinan akibat kesukaran dan sekatan yang dilakukan oleh Israel,” jelas Baker. – Xinhua