Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Sekatan pandemik punca HK hilang daya tarikan

    HONG KONG, 7 DIS – Hong Kong yang merupakan hab perniagaan yang sibuk mungkin akan kehilangan daya tarikan dari kalangan syarikat asing dan ekspatriat disebabkan oleh peraturan antipandemik yang sangat ketat di mana mereka yang baru tiba dimestikan untuk menjalani kuarantin selama 21 hari.

    Sekatan tersebut kurang digemari oleh para pengunjung dan pelancong perniagaan dan ditambah lagi dengan wilayah tersebut yang berdepan beberapa masalah selepas Beijing kini meluaskan kekuasaan ke atas bekas jajahan British itu. Selama berbulan-bulan, kebanyakan peniaga menyeru pihak berkuasa untuk mengurangkan sekatan kuarantin, dengan mengatakan bandar tersebut berisiko untuk kehilangan pekerja berkemahiran antarabangsa dan daya tarikan sebagai hab kewangan serantau.

    Sebahagian penduduk berang apabila bandar itu diberikan pengecualian daripada peraturan kepada Ketua Pegawai Eksekutif JPMorgan Chase, Jamie Dimon, yang membuat kunjungan ke bandar itu sehari pada November. Ketua Hong Kong, Carrie Lam berkata Dimon diberikan pengecualian berhubung dengan ekonomi dan JPMorgan “adalah bank yang sangat penting dengan perniagaan utama di Hong Kong.”

    Pelakon antarabangsa, Nicole Kidman turut dikecualikan ketika dia membuat lawatan ke bandar itu bagi tujuan penggambaran rancangan siri televisyen mengenai ekspatriat, membangkitkan bantahan daripada pengkritik dan penggubal undang-undang tempatan sama ada selebriti perlu dibenarkan untuk datang dan dikecualikan daripada kuarantin ketika penduduk Hong Kong terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk pulang ke Hong Kong.

    Pendirian ‘Sifar COVID-19’ Hong Kong sejajar dengan dasar tanah besar China yang sebahagian besarnya menutup sempadan kepada dunia bagi mengelak lonjakan kes yang dibawa ke negara itu.

    Sekatan diperketat selepas kemunculan varian baharu koronavirus omicron, yang setalah ini empat orang disahkan dijangkiti di bandar itu.

    Pihak berkuasa Hong Kong menyenaraikan kira-kira 60 buah negara sebagai kawasan berisiko tinggi termasuk Amerika Syarikat, Britain dan Australia. – AP

    Hong Kong berkemungkinan hilang daya tarikan disebabkan oleh peraturan yang ketat.– AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...