Sekatan pergerakan berkesan kurangkan kes jangkitan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JAN – Sekatan pergerakan untuk berada di rumah telah memberi kesan yang baik namun bagi mengimbangkan ekonomi negara dan ke arah memasuki Fasa Endemik ini, kita cuba untuk hidup bersama virus tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah memberi respons keberkesanan pelanjutan ke Fasa Awal Endemik dan sekatan pergerakan.

Yang Berhormat Dato seterusnya menjelaskan, sejak sekatan pergerakan arahan untuk berada di rumah di laksanakan, pada peringkat awal menunjukkan kes semakin berkurang, kerana sebelum itu, orang ramai lebih suka untuk mengadakan perkumpulan dan sebagainya.

Dalam perkara ini, tambahnya, kerjasama semua pihak dalam melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan akan dapat membantu semua dalam menga-wal penularan COVID-19 ini.

Katanya lagi, “Dengan tempoh baharu yang akan mula dilaksanakan nanti, peniaga akan dapat mengatur perniagaan mereka seterusnya dapat memberi ruang dan membuat penjarakan semasa berada di premis perniagaan.”