Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    ‘Sekatan perlu dibatalkan elak krisis makanan’

    MOSCOW, 25 MEI – Sekatan antarabangsa yang dikenakan ke atas Moscow disebabkan kempen ketenteraan di Ukraine perlu ditarik semula bagi mengelak krisis makanan global, kata timbalan menteri luar Rusia hari ini.

    “Menyelesaikan masalah makanan memerlukan langkah komprehensif, termasuk membatalkan sekatan yang dikenakan ke atas eksport Rusia dan transaksi kewangan,” kata Andrey Rudenko dalam ucapan yang dilaporkan oleh agensi-agensi berita Rusia.

    “Ia juga memerlukan Ukraine untuk melepaskan semua pelabuhannya dan Rusia bersedia memberikan laluan kemanusiaan yang perlu,” tambah Rudenko.

    Kempen ketenteraan Rusia di Ukraine dan sekatan dikenakan ke atas Moscow telah menjejaskan bekalan baja, gandum dan komoditi lainnya dari kedua-dua buah negara.

    Barat menuduh Kremlin menggunakan kebuluran sebagai senjata semasa serangan di Ukraine.

    Rusia dan Ukraine menghasilkan 30 peratus daripada bekalan gandum dunia.

    Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menggesa pihak berkuasa Rusia untuk membebaskan bekalan bijirin yang terkandas di pelabuhan-pelabuhan di Ukraine ekoran kempen ketenteraan tersebut. – AFP

    Para petani sibuk menuai gandum di bandar Al-Ayyat, wilayah Giza, Mesir. Moscow berkata sekatan yang dikenakan ke atas mereka harus dibatalkan bagi mengelak krisis makanan global. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...