Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Sekatan Rusia beri impak kecil kepada Asia Pasifik

    KUALA LUMPUR, 28 FEB – Impak langsung ke atas Asia Pasifik dari segi pengurangan perdagangan dengan Rusia dijangka kekal kecil sekiranya perdagangan dengan negara itu menjadi sukar apabila sekatan dipertingkatkan lagi, demikian menurut Moody Analytics.

    Firma penyelidikan itu berkata, walaupun Rusia mempunyai kehadiran fizikal yang besar di rantau ini, ia bukan rakan dagangan utama dengan negara-negara Asia Pasifik.

    “Pergantungan eksport kepada Rusia adalah kecil dan dengan beberapa pengecualian, pergantungan itu tidak meningkat sejak beberapa tahun ke-belakangan ini,” katanya dalam komentar bertajuk perdagangan langsung APAC dengan Rusia yang dikeluarkan pada 25 Februari.

    Ia berkata eksport ke Rusia menyumbang tidak lebih daripada satu peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan mana-mana negara utama di rantau Asia Pasifik.

    Bagi import, Moody’s berkata tidak ada ekonomi Asia Pasifik yang terlalu bergantung kepada import dari negara itu, yang mana ia kurang satu peratus daripada KDNK nominal bagi mana-mana negara utama Asia Pasifik.

    “Kemeruapan terbesar daripada nilai import dari Rusia adalah di Singapura yang mana petroleum ditapis dengan harga turun naiknya yang telah menyumbang kepada kira-kira 75 peratus daripada import dari Rusia.

    “Dan import Singapura dari Rusia tidak pernah melebihi dua peratus daripada semua importnya,” katanya.

    Moody’s berkata walaupun impak langsung pengurangan perdagangan adalah kecil bagi Asia Pasifik, kesan tidak langsung inflasi harga tenaga global yang berlarutan lebih lama, disebabkan oleh premium risiko ke atas produk tenaga yang ditapis dan mentah, akan memberi kesan kepada ekonomi rantau ini.

    “Dan ia terutamanya akan dirasai menerusi kos input tinggi bagi pengeluaran makanan, yang menyum-bang sebahagian besar daripada belanjawan isi rumah di rantau ini berbanding Eropah atau Amerika Utara,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...