Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Sekatan virus cetus pembelian panik di HK

    HONG KONG, 9 FEB – Penduduk Hong Kong hari ini menyerbu pasar raya-pasar raya kerana bimbang kekurangan makanan, kejadian serupa di sebuah bandar yang dikenakan sekatan pergerakan ketat sekali lagi.

    Hong Kong telah menyusuli tanah besar China dalam mengekalkan dasar ketat ‘sifar-COVID-19’ yang berjaya mengurangkan jangkitan menerusi sekatan pergerakan dan langkah penjarakan sosial.

    Kelmarin, bandar itu merekodkan 625 jangkitan baharu, jumlah harian pecah rekod yang rendah berbanding yang berlaku di seluruh dunia.

    Jangkitan virus Omicron telah membimbangkan pihak berkuasa dan pemimpin Carrie Lam mengumumkan kekangan baharu ke atas 7.5 juta penduduk di hab kewangan itu.

    Dalam kejadian sama seperti awal 2020, semasa koronavirus mula muncul di China, penduduk Hong Kong minggu ini berebut-rebut menyimpan bekalan ketika kepanikan berlaku berhubung kekurangan makanan.

    “Rasanya seperti kerajaan belum bersedia sama sekali dan kami penduduk biasa hanya membuat yang terbaik untuk diri sendiri,” kata wanita bernama Siu, 42, kepada AFP hari ini.

    Dia antara salah seorang pembeli yang berebut-rebut mencari bekalan makanan segar yang kebanyakannya diimport dari tanah besar. – AFP

    Pelanggan membeli sayur sehari selepas banyak kedai kekurangan bekalan di Hong Kong pada 9 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...