Sekitar 200 warga Syria tinggalkan kem Al-Hol

QAMISHLI, SYRIA, 8 DIS – Sekitar 200 warga Syria yang ditempatkan, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah balik ke tempat asal mereka dari kem padat di timur laut negara dilanda perang itu hari ini, kata pegawai Kurdish.

Kurdish Syria, selepas bertahun-tahun memerangi kumpulan Islamic State, telah menahan puluhan ribu orang awam dan keluarga IS di kem-kem khas bagi penempatan.

Pada Jun, mereka mula menghantar pulang keluarga Syria yang berpindah dari rumah mereka semasa bergelut menentang kumpulan jihad dari kem penuh sesak Al-Hol. – AFP