Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Sekitar 300 cedera terdedah gas klorin

    BAGHDAD, 5 JULAI – Kebocoran gas klorin telah berlaku di loji penapisan air di selatan Iraq yang mengakibatkan kira-kira 300 orang tercedera, menurut kenyataan pegawai kelmarin.

    Kemalangan tersebut berlaku pada malam Ahad lalu ketika gas berbahaya itu bocor pada sebuah kontena di loji berkenaan di daerah utara Qal’at Sukkar, selatan Nasiriyah.

    Ratusan orang mengalami kesukaran bernafas setelah terdedah dengan gas klorin tersebut, telah dibawa ke hospital yang berdekatan, menurut Timbalan Gabenor wilayah Dhi Qar, Abbas Jaber.

    Beliau berkata sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan kelmarin untuk menjalankan penyiasatan susulan kebocoran di kawasan tersebut. “Pegawai yang melakukan kecuaian tersebut akan bertanggungjawab,” katanya.

    Dhi Qar adalah antara wilayah termiskin di Iraq dan ia adalah wilayah yang paling kurang membangun dalam sejarah.

    Penduduk merungut mengenai kekurangan bekalan elektrik dan air. Wilayah tersebut bergelut dengan kumpulan pembangkang kerajaan dan banyak lagi para belia dari wilayah tersebut mengambil bahagian dalam perkumpulan pembangkang 2019, aktiviti pergerakan pembangkang terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah moden Iraq.

    Sementara itu, satu insiden yang membahayakan orang awam pernah berlaku di bandar tersebut sebelum ini.

    Tahun lalu, lebih 90 orang, pesakit dan kakitangan kesihatan terbunuh dalam satu kebakaran yang berlaku di Institusi Hospital Nasiriyah Al-Hussein. Dalam kemalangan tersebut, pihak pegawai mendakwa ia berlaku akibat kekurangan dalam persediaan langkah-langkah keselamatan dan kecuaian. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...