OVIEDO, SEPANYOL, 12 JULAI – Kejadian kebakaran hutan memaksa kira-kira 300 penduduk dari lima bandar di wilayah Extremadura, Sepanyol dipindahkan ke tempat selamat, ketika anggota bomba bergelut memadamkan kebakaran, lapor agensi Anadolu.
Pihak berkuasa tempatan turut meminta bantuan tentera Sepanyol memadamkan kebakaran hutan yang merebak pantas di daerah pergunungan di Las Hurdes.
Kira-kira 170 anggota bomba bertungkus lumus mengawal keadaan, dan kebakaran hutan tercetus akibat disambar petir ketika cuaca panas dan kering, menurut Datuk Bandar Nunomoral. – Bernama