Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    40 orang awam dibunuh dalam serangan parang

    BUNIA, DR CONGO, 2 FEB – Sekurang-kurangnya 40 telah terbunuh apabila anggota militia bersenjatakan parang menyerang tapak bagi orang yang kehilangan tempat tinggal di timur DR Congo yang dilanda persengketaan, kata kumpulan pemantau dan sumber tempatan hari ini.

    “Sekurang-kurangnya 40 orang awam terbunuh dengan senjata tajam malam tadi di Plaine Savo” di wilayah Djugu, menurut Kivu Security Tracker (KST) yang berpangkalan di AS dalam laman Twitter mereka.

    Pegawai tempatan dan sumber masyarakat sivil menyatakan angka kematian lebih 50 orang, manakala jurucakap tentera di wilayah Ituri, Leftenan Jules Ngongo, menyatakan angka sementara ialah 21 orang terkorban.

    KST berkata penyerang yang disyaki adalah daripada kumpulan bersenjata terkenal bernama CODECO, dipersalahkan atas rentetan pembunuhan beramai-ramai di kawasan itu.

    Kawasan Djugu, bersempadan dengan Tasik Albert dan Uganda yang terletak di sebelah timur, adalah tempat untuk pertelingkahan berdarah yang berpanjangan antara masyarakat Lendu dan Hema.

    Pergaduhan antara kedua-dua kumpulan itu berlaku antara 1998 dan 2003, meragut puluhan ribu nyawa sebelum dihentikan oleh pasukan pengaman Kesatuan Eropah, Artemis.

    Keganasan tersebut kemu-diannya kembali diteruskan pada 2017, dipersalahkan atas kemunculan CODECO, Koperasi untuk Pembangunan Congo (CODECO) yang mendakwa mempertahankan Lendu.

    Sejak itu, serangan CODECO telah menyebabkan beratus-ratus kematian dan mendorong lebih 1.5 juta orang meninggalkan rumah mereka, manakala separuh daripada penduduk wilayah itu menghadapi masalah kekurangan makanan, kata Majlis Pelarian Denmark. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...