Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Sekitar 770 juta orang dewasa buta huruf di seluruh dunia – UNESCO

    MOSCOW, 16 JUN – Sekitar 770 juta orang buta huruf di seluruh dunia, dengan dua pertiga daripada mereka ialah wanita, lapor Sputnik kelmarin.

    “Saya juga fikir semua orang yang tidak mendapat hak untuk pendidikan adalah kanak-kanak termasuk 770 juta orang dewasa yang tidak tahu membaca atau menulis dengan dua pertiga daripadanya adalah wanita,” kata Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay di Persidangan Antarabangsa Pendidikan Dewasa ketujuh kelmarin. Beliau turut menggesa usaha bagi menyediakan pendidikan kepada orang dewasa yang buta huruf dipertingkatkan.

    Persidangan tersebut diadakan kelmarin di Marrakesh, Maghribi hingga Jumaat ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...