ZURICH, 10 Jan – Badan induk bola sepak dunia, FIFA, telah melancarkan siri penganugerah baru selepas mengakhiri kerjasamanya dengan majalah Bola Sepak Perancis bagi Ballon d’Or.
Legenda bola sepak Argentina, Maradona berkata penganugerahan terbaru itu telah membantu memberikan identiti baru kepada FIFA.
Selain daripada Anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA yang diberikan kepada Ronaldo dan Claudio Ranieri menerima Anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik FIFA, terdapat beberapa anugerah lain yang turut diberikan. – AFP
Pengurus Leicester City, Claudio Ranieri menerima ucapan tahniah daripada Diego Maradona selepas menerima anugerahkan Jurulatih Lelaki Terbaik FIFA. – AFPRonaldo bergambar bersama pemenang Anugerah Pemain Wanita Terbaik FIFA, Carli Lloyd. – AFPMohd Faiz Subri (kanan) menerima ucapan tahniah daripada bekas pemain antarabangsa dan legenda Brazil, Ronaldo selepas memenangi Anugerah Puskas FIFA. – AFPBekas ketua Jurulatih Jerman, Silvia Neid memberikan ucapan selepas menerima Anugerah Jurulatih Wanita Terbaik FIFA. – AFPPengerusi dan eksekutif Atletico Nacional, Juan Carlos de la Cuesta memegang Anugerah Fair Play FIFA, selepas kelab dari Colombia itu meminta Chapecoense menerima kejuaraan Copa Sudamericana berikutan tragedi pesawat terhempas yang dinaiki oleh skuad kelab dari Brazil tersebut. – AFP