Tuesday, November 28, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Sekolah Alif Belait sambut Hari Guru

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 3 OKT – Murid-murid Sekolah Alif Belait memakai kostum sebagai guru dan tokoh kegemaran mereka sebagai tanda penghargaan mereka kepada guru-guru dalam Majlis Sambutan Hari Guru yang diadakan di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Dengan kehadiran lebih 100 orang murid tadika, sambutan bertujuan membantu menjalinkan hubungan yang lebih erat antara pelajar dan guru sekolah, terutama pada hari yang penting apabila peranan mereka diterbalikkan.

    Dalam ucapan perasmian, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Dayang Nursyukriah binti Haji Omarali melahirkan rasa gembira atas sokongan ibu bapa dalam menjayakan sambutan tersebut, serta memperingati majlis bersama-sama sebagai masyarakat.

    Bagi memeriahkan lagi sambutan, para pelajar dan guru turut serta dalam pelbagai permainan dan aktiviti berserta menikmati makanan dan minuman yang dihidangkan.

    Antara murid-murid tadika yang hadir semasa sambutan itu. – Gambar oleh Daniel Lim
    ATAS & BAWAH: Antara aktiviti yang diadakan bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Guru di sekolah tersebut. – Gambar oleh Daniel Lim
    Gambar oleh Daniel Lim

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...