Sekolah AS bergelut sumbang makanan kepada pelajar

AUSTIN – Apabila sekolah-sekolah di Amerika Syarikat (AS) mula ditutup semasa pandemik koronavirus, mereka bergegas untuk terus memberikan makanan kepada berjuta-juta pelajar dari keluarga miskin yang bergantung kepada makanan percuma dan harga rendah setiap hari.

Bandar-bandar besar dan kecil dengan cepat menghadapi masalah, pekerja makanan, guru-guru dan sukarelawan turun sendiri untuk mengendalikan lokasi pengambilan di tepi jalan atau terlalu takut untuk melaporkan diri untuk bertugas. Sesetengah daerah telah dipaksa untuk menggantung program mereka sama sekali.

Itu bermakna membiarkan keluarga-keluarga yang sudah bergelut untuk mendapatkan makanan yang diletakkan di atas meja dengan lebih terdesak dan sekolah mencari cara untuk terus menyumbang kepada mereka yang memerlukan dengan selamat.

Di antara sekolah-sekolah yang paling besar menangguhkan program persekutuan bantuan makanan adalah di Houston, bandar terbesar keempat di negara itu, selepas seorang pekerja terdedah kepada koronavirus.

“Kami berkata, ‘kita perlu tutup kerana kita tidak tahu apa yang berlaku,’” kata Betti Wiggins, pegawai perkhidmatan pemakanan untuk Sekolah Daerah Bebas di Houston.

Beberapa orang pekerja perkhidmatan pemakanan memasukkan sumbangan makanan ke dalam kereta penerima. – AP
Pekerja perkhidmatan pemakanan di Sekolah Daerah Bebas di Houston ketika mengagihkan sumbangan makanan. – AP
Amonda Washington (kiri) menyimpan makanan ke dalam kereta sorong milik Wanda Williams. – AP

Ia berhenti memberikan makanan selama lebih daripada seminggu. Apabila program dibuka semula minggu lalu, ia mempunyai cara pembungkusan baharu untuk mengagihkan makanan.

Daripada menyediakan makanan yang berkuantiti sikit setiap hari di seluruh bandar, sekarang terdapat di beberapa daerah, di lokasi-lokasi berpusat di mana orang mengambil beg seberat 30 paun yang dimuatkan dengan ayam, ubi kentang, epal, jus dan banyak lagi. Ia dibungkus untuk keluarga empat ahli agar keluarga ini dapat bertahan dalam beberapa hari.

Di antara mereka yang mendapat makanan minggu ini ialah Maria Robles, yang tiba dua jam sebelum tempat pengambilan dibuka pada pukul 7 pagi dan barisan kereta di belakangnya sudah melebihi daripada satu batu. Sesetengah tanpa kereta mengambil makanan dalam apa sahaja yang mereka boleh, termasuk kereta sorong anak damit.

Robles, 49, seorang penganggur yang hanya bergantung kepada sumbangan makanan tersebut untuk memberi makan anak remajanya, yang biasanya makan dua kali sehari di sekolah. Lebih-lebih lagi, di rumahnya kini penuh dengan empat orang lagi kanak-kanak selepas anak saudaranya terpaksa duduk di rumah kerana jam kerjanya dikurangkan dan ditukar syif.

Ketika sekolah-sekolah di Houston menghentikan sementara pemberian makanan, keluarga Robles pergi ke tempat-tempat sumbangan makanan, yang selalunya tidak banyak diperolehi.

“Makanan tidak mencukupi sekarang,” kata Robles, sambil mengesat air mata. “Sukar untuk orang dewasa kerana kita perlu melihat anak-anak kita melaluimya… Ini telah menjadi sesuatu yang begitu menakutkan. Terdapat suatu masa saya tidak makan apa-apa demi memastikan mereka makan sesuatu.’

Semasa hari persekolahan yang biasa, kira-kira 22 juta pelajar di seluruh negara menerima sarapan pagi dan makan tengah hari yang percuma atau murah, menurut Persatuan Pemakanan Sekolah, sebuah persatuan tidak berasaskan keuntungan yang bekerjasama dengan lebih daripada 55,000 penyedia makanan sekolah.

Kumpulan itu meninjau kira-kira 1,800 ahlinya berikutan sekolah mula ditutup pada pertengahan bulan Mac, dan kebimbangan utama mereka adalah kanak-kanak akan merasa lapar dan melindungi keselamatan kakitangan dan keluarga yang menerima makanan. Masalahnya telah menjejaskan daerah luar dan bandar.

Detroit yang telah terjejas teruk dengan lonjakan kes koronavirus, menutup program makanannya selama dua hari pada bulan lepas apabila seorang pekerja diuji positif. Seperti Houston, ia dibuka semula dengan mengurangkan secara drastik jumlah tempat untuk mengambil makanan.

Di Charleston, barat Virginia, sekolah terbesar di negeri ini mengehadkan pengambilan makanan untuk sekali seminggu di perhentian bas sekolah selepas kakitangan mula bimbang tentang pendedahan mereka terhadap virus.

Sekolah-sekolah di Durham, utara Carolina, dan berdekatan Johnson County menggantung program makanan mereka minggu lalu selepas seorang pekerja diuji positif.

Di kawasan-kawasan lain yang berlaku penutupan termasuk Memphis, Tennessee, sebahagian Louisiana, California dan selatan Texas.

Houston memulakan programnya selepas membungkus beg-beg makanan di satu tempat dan mengurangkan jumlah pekerja yang diperlukan.

Terdapat beberapa tempat untuk mengambil makanan, tetapi mereka melakukan perubahan tempat di seluruh bandar setiap hari. Pekerja meletakkan beg ke dalam kereta untuk mengurangkan interaksi, kata Wiggins, pegawai pemakanan sekolah.

“Beberapa pengedar di tepi jalan ini tidak terkawal. Sukarelawan dipanggil untuk membantu,” kata Wiggins.

“Anda tidak dapat mengendalikan makanan seperti anda berkelah. Saya fikir kita akan lebih berjaya dalam acara ini.”

Tetapi sekolah-sekolah kecil mungkin berjuang untuk menyalin model Houston,” kata Diane Pratt-Heavner, jurucakap Persatuan Pemakanan Sekolah. Mereka mungkin tidak mempunyai kakitangan yang cukup atau kemudahan untuk menyediakan makanan dengan penjarakan sosial yang betul, katanya.

Banyak program telah mengelakkan sebarang penutupan setakat ini. Pengetua Sekolah Menengah Austin, Cyndi Severns-Ponce berkata, dia yakin program di El Paso, Texas, mempunyai pekerja yang cukup terlatih untuk bertindak cepat jika ada yang sakit.

Pada petang baru-baru ini, pengurus kafeteria sekolah Reyna Trejo dan pakar makanan Elva Rangel memakai topeng muka, sarung tangan dan apron plastik yang panjang ketika kereta lalu. Trejo mengangkat dua jari untuk mengesahkan berapa banyak makanan yang diperlukan dan memberitahu pemandu, “Naikkan tingkap kereta anda!”

Mana-mana penutupan pemberian makan akan menjadi masalah, yang hanya akan menjadi lebih teruk ketika kehilangan pekerjaan dilihat semakin meningkat. Itulah yang dilihat oleh Viola Jones di kejiranan Houston.

“Orang harus membuat keputusan: Adakah saya membeli makanan? Adakah saya membayar sewa? ” Jones berkata ketika dia mengambil makanan minggu ini.

“Orang ramai merasa sudah pun lapar sebelum ini, sekarang ldengan kanak-kanak tidak bersekolah, lebih banyak makanan diperlukan, “kata Jones.

“Hidup dari gaji ke gaji seterusnya sebelum ini sudah merasa sukar. Sekarang ia malahan lebih sukar.” – AP