Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Sekolah Chung Hwa terima peralatan pendidikan

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan TECO di Negara Brunei Darussalam

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Sebagai salah satu tanggungjawab sosial dalam meniti Fasa Awal Endemik ini, Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei (TECO) di Negara Brunei Darussalam telah menghulurkan sumbangan peralatan keperluan pendidikan kepada lapan buah sekolah Chung Hwa semasa mengadakan lawatan, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh TECO hari ini, wakilnya Andrew Lee telah mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah Chung Hwa pada dua minggu lalu untuk menyampaikan sumbangan berupa peralatan dan bahan pengajaran antaranya mesin suhu tanpa sentuh, projektor, sistem audio dan video, meja dan kerusi bagi tadika dan guru, papan putih, almari buku dan peti sejuk.

    Sumbangan berkenaan bertujuan untuk meningkatkan lagi sumber pengajaran dan pembelajaran serta menambah baik persekitaran persekolahan.

    Dalam pada itu, Andrew Lee merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli lembaga pengarah dan guru atas komitmen padu mereka, usaha yang tidak ternilai, semangat gigih dan pengorbanan mereka kepada anak bangsa.

    “Mereka berhak mendapat pujian dan pengiktirafan atas semangat teguh dan dedikasi berterusan dalam menjaga dan memotivasikan pelajar, terutamanya segala usaha mereka untuk mempromosikan pengajaran Mandarin serta budaya tradisional Cina dan penanaman bakat berbahasa Mandarin sepanjang 100 tahun yang lalu di Brunei sebagaimana yang diwarisi daripada nenek moyang terdahulu yang memiliki jiwa dan pemikiran berpandangan jauh,” ujarnya.

    Tambahnya, dengan pembelian barangan keperluan pendidikan berkenaan, ia juga secara tidak langsung menyokong perusahaan tempatan.

    Andrew Lee bergambar bersama wakil sekolah semasa menyampaikan sumbangan kepada lapan sekolah Chung Hwa baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...