Sekolah Chung Hwa terima sumbangan BSP

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL – Sekolah Chung Hwa Kiudang telah menerima sebanyak 30 set buku mengenai tenaga daripada Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP), hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekolah Chung Hwa Kiudang, di sini, buku BSP Energy Series diterbitkan untuk menceritakan mengenai kisah minyak dan gas serta tenaga di Brunei dari masa dahulu hingga sekarang di mana ia diterbitkan bersempena dengan ulang tahun BSP ke-90.

Pengetua sekolah, Loo Shee Yun bagi mewakili pihak sekolah menyatakan penghargaan dan berterima kasih kepada BSP atas sumbangan ikhlas buku berkenaan.

Beliau percaya bahawa buku-buku berkenaan amat berguna bagi kegunaan dalam mata pelajaran Sains dan Pengajian Sosial.

Loo Shee Yun (kiri) bergambar bersama set buku, BSP Energy Series, yang disumbangkan kepada sekolah berkenaan. – Gambar serahan Sekolah Chung Hwa Kiudang