Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekolah daif di Sarawak akan dibantu, kata Zahid 

    SIBU, 14 Sept – Kementerian Pendidikan dan kerajaan negeri akan merumuskan cadangan bagi mewujudkan pakej kewangan yang efektif untuk melaksanakan pelbagai inisiatif penyelesaian terhadap isu sekolah daif di Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Cadangan itu akan dikemukakan kepada mesyuarat Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Itu antara langkah penyelesaian yang dicadangkan terhadap isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat Penyelarasan Pembinaan Sekolah-sekolah Daif Sarawak yang dipengerusikan Ahmad Zahid dalam lawatan kerjanya di sini semalam.

    Bercakap pada persidangan media di penghujung lawatan kerja dua harinya di Sarawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Sibu di sini, beliau berkata selain sekolah daif, masalah yang dibangkitkan termasuk isu sekolah kurang murid dan kekurangan kemudahan seperti bekalan air (447 sekolah) dan elektrik (375 sekolah).

    Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai Salim di Jalan Durin kelmarin.

    Mesyuarat sebelum itu diberitahu hanya 29.9 peratus sekolah di Sarawak yang berada pada tahap pembelajaran selesa dan selebihnya daif dan separa daif.

    Ahmad Zahid berkata kerajaan persekutuan melalui Rancangan Malaysia Ke-11 juga telah meluluskan 300 projek pembangunan semula sekolah untuk dilaksanakan di Sarawak dalam usaha menangani isu sekolah daif ini.

    Pada masa yang sama 183 sekolah telah diluluskan dalam rolling plan kedua di bawah RMK-11 untuk dilaksanakan melalui kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dengan peruntukan RM366 juta. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda