Sekolah daif dipulih selepas dapat kelulusan

KUCHING, 13 OGOS – Projek membaik pulih dan membangunkan semula sekolah daif di Sarawak akan bermula sebaik sahaja mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan, kata Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Datuk Seri Michael Manyin Jawong.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan kepada beliau semasa mengadakan mesyuarat bersama  Menteri Pendidikan Malaysia  Dr Mazlee Malik minggu lepas.

“KPM (Kementerian Pen-didikan Malaysia) masih menunggu arahan daripada Kementerian Kewangan untuk memulakan kerja-kerja membaik pulih dan membangunkan semula sekolah daif yang sudah dikenal pasti bagi peringkat awal ini. – Bernama