Sekolah di kawasan miskin China dinaik taraf

BEIJING – Tujuh tahun yang lalu, pelajar-pelajar di Hongban Elementary School membakar kentang dan jagung di atas arang bagi makan tengah hari mereka.

Perkembangan terbaru bagi sekolah di barat daya China, Wilayah Guizhou, kesemuanya itu telah berubah. Sebuah dapur dengan kemudahan peti sejuk dan peralatan pembasmian kuman membantu dalam penyediaan bekalan makanan yang berkhasiat termasuk beras, sayur-sayuran, telur dan daging bagi semua 137 pelajar setiap hari.

China telah berusaha keras pada tahun-tahun kebelakangan ini untuk menggalakkan akses bagi pendidikan yang berkualiti untuk kanak-kanak di kawasan yang dilanda kemiskinan. Projek ini mencerminkan keadaan sekolah yang lebih baik bagi kebanyakan kanak-kanak di kawasan miskin yang disebut oleh Presiden Xi Jinping dalam ucapan tahun baru beliau.

Penyediaan makanan yang lebih baik

Keadaan lebih baik buat Jiajia yang berusia 12 tahun daripada kakaknya, yang turut menghadiri Hongban Elementary School. Beliau berterima kasih di sebahagian besar program pemakanan itu.

Kubah khas dibina untuk aktiviti sukan di Kampus Yuxing, Sekolah Rendah Huaxing di Shijiazhuang, ibu kota utara China, Wilayah Hebei. – Xinhua
Kubah khas dibina untuk aktiviti sukan di Kampus Yuxing, Sekolah Rendah Huaxing di Shijiazhuang, ibu kota utara China, Wilayah Hebei. – Xinhua
Para pelajar mengambil bahagian dalam latihan gempa di Sekolah Rendah Chunguang di Handan, Wilayah Hebei, utara China. – Xinhua
Para pelajar mengambil bahagian dalam latihan gempa di Sekolah Rendah Chunguang di Handan, Wilayah Hebei, utara China. – Xinhua

“Kakak saya terpaksa makan samaada kentang atau tiada apa-apa,” kata Jiajia. “Saya bernasib baik dan semakin membesar.”

Pelajar seperti Jiajia adalah sasaran utama bagi program besar-besaran yang dilancarkan pada tahun 2011 untuk menangani kekurangan zat makanan di kalangan pelajar di kawasan pedalaman dan miskin.

Kerajaan pada mulanya memperuntukkan tiga yuan (AS$0.43) sehari bagi setiap pelajar untuk menambah diet permakanan mereka dengan makanan berkhasiat. Ini telah meningkat kepada empat yuan pada tahun 2015.

Sepanjang lima tahun yang lalu, program ini telah diperluaskan dengan merangkumi lebih daripada 1,500 daerah-daerah di seluruh China, termasuk kawasan pergunungan di Wilayah Guizhou di mana sekolah Hongban terletak, yang memberi manfaat kepada 34 juta pelajar.

Penyebaran anemia di kalangan pelajar menurun sebanyak 8.9 mata peratus dari tahun 2012 hingga 2015, menurut data dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit. Kecergasan fizikal pelajar dengan pencapaian akademik telah meningkat bersama-sama dengan program pemakanan mereka.

Kemudahan yang lebih baik

China juga telah menaik taraf kemudahan di kawasan sekolah yang daif dan miskin.

“Sebelum ini, kami hanya ada papan hitam dan kapur. Saya merasa cemburu apabila pelajar-pelajar di kawasan bandar dapat menghadiri kelas multi-media di rancangan televisyen,” kata Li Na, seorang pelajar sekolah rendah dari Perbandaran Zhao’an di Yan’an di barat laut China, Wilayah Shaanxi.

Sekarang setiap bilik darjah di sekolahnya itu dilengkapi dengan projektor, skrin LED yang besar dan pelbagai teknologi lainnya.

“Saya merasa gembira,” kata Li.

Wang Wenbo, pelajar gred lima di Chunguang Elementary School, tidak lagi perlu belajar di bangunan yang lama dan usang.

Sekolah di luar bandar mendapat makanan percuma.
Sekolah di luar bandar mendapat makanan percuma.
Murid-murid mengadakan aktiviti PE di dalam kubah khas yang dibina untuk aktiviti sukan di Kampus Yuxing, Sekolah Rendah Huaxing di Shijiazhuang, ibu kota utara China Wilayah Hebei. – Xinhua
Murid-murid mengadakan aktiviti PE di dalam kubah khas yang dibina untuk aktiviti sukan di Kampus Yuxing, Sekolah Rendah Huaxing di Shijiazhuang, ibu kota utara China Wilayah Hebei. – Xinhua

“Bangunan baru ini kelihatan sama seperti yang berada di bandar-bandar besar,” kata budak itu.

Menurut pelan yang dikeluarkan pada tahun 2013, kerajaan menyasarkan untuk menyelesaikan masalah asas seperti kekurangan meja, kerusi, asrama dan bangunan sekolah yang daif di kawasan-kawasan miskin di seluruh negara dalam tempoh lima tahun.

Sejak itu, China telah menyiapkan pembinaan 81,000 sekolah dan membeli hampir 17 juta set meja dan kerusi dan 101 juta komputer dan peralatan lain.

Sebuah tadika di Jingbian County Yulin, bandar utara di Shaanxi, mempunyai bangunan merah jambu dua tingkat, taman permainan, kolam, sangkar bagi haiwan kecil dan beberapa rumah hijau untuk sayur-sayuran.

Jingbian County telah melaksanakan dasar tuisyen percuma bagi murid-murid tadika. Daerah ini telah membina atau mengubahsuai lebih daripada 100 tadika dalam usaha untuk menampung majoriti bandar-bandar dan kampung-kampung.

Kadar pendaftaran bagi pelajar-pelajar tadika untuk daerah ini kini lebih 90 peratus. Selain daripada kemudahan kampus yang lebih baik, penggunaan sumber pendidikan yang lebih banyak untuk memperkayakan kehidupan pelajar.

Dalam tempoh tiga tahun yang lalu, Gulniya, seorang gadis berusia 14 tahun dari kumpulan etnik Kirgiz, telah belajar bagaimana untuk menggunakan komputer, cat dan menari dengan rakan-rakan sekelasnya di sebuah perkampungan kecil di Xinjiang, Wilayah Autonomi Uygur.

Gulniya kini boleh bermain dengan papan kekunci elektronik, sesuatu yang dia hanya melihat melalui kaca televisyen sebelum ini.

“Impian saya adalah untuk menjadi seorang guru bahasa Mandarin,” katanya. – Xinhua