Sekolah di Korea Utara dibuka semula

SEOUL, 3 JUN – Para pelajar di Korea Utara kini kembali ke sekolah masing-masing dengan menggunakan penutup mulut dan hidung hari ini selepas penggal baharu persekolahan ditangguhkan selama berbulan-bulan dalam usaha untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Pyongyang belum mengesahkan mana-mana kes yang membawa kepada kematian selepas virus itu kali pertama muncul di negara jiran, China. Bagaimanapun Korea Utara telah mengambil langkah-langkah keselamatan yang ketat, termasuk menutup sempadannya dan mengasingkan ribuan rakyatnya yang dikaitkan dengan wabak itu.

Tempoh persekolahan yang baharu pada mulanya dijadualkan pada awal April tetapi berulang kali ditangguhkan. Bagaimanapun, beberapa universiti dan sekolah menengah dibenarkan untuk melanjutkan kelas pada pertengahan April. – AFP