MIRI, 16 Jan – Lima sekolah di Sarawak masih ditutup untuk hari kedua hari ini, membabitkan sekolah paling banyak ditutup di Miri, di utara Sarawak, berikutan hujan lebat yang mengakibatkan banjir.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, tiga sekolah rendah ditutup di Miri iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bong, SK Kuala Bok, dan SK Rumah Ranggong.
“Dua buah sekolah rendah yang juga masih ditutup sejak semalam ialah SK Kuala Kenyana di Mukah dan SK Nanga Bon di Sibu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut JPBNS penutupan lima buah sekolah tersebut menyebabkan seramai 379 murid tidak dapat meneruskan sesi persekolahan untuk hari kedua hari ini. – Bernama