Oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai – Sekolah Fairvew telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidiliftri diselajurkan dengan majlis ulang tahun sekolah yang ke-14 tahun di premisnya di Berakas.
Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat majlis, Pengarah Urusan Sekolah Fairview, Dato Seri Laila Jasa Haji Ahmad bin Dato Paduka Matnoor dan Datin Paduka Hajah Fatimah binti Dato Paduka Haji Husin. Selain penglibatan guru-guru dan kakitangan sekolah berkenaan majlis juga dimeriahkan dengan kehadiran ibu bapa yang turut memeriahkan sambutan tersebut.
Doa Selamat serta Doa Kesyukuran dibacakan oleh Awang Norazmi bin Haji Ahad sebelum diteruskan dengan ucapan alu-aluan Guru Besar Sekolah Fairview, Dayang Hajah Samsiniah binti Haji Kepli disusuli dengan ucapan alu-aluan daripada Datin Paduka Hajah Fatimah.

Pelbagai persembahan daripada pelajar-pelajar pra sekolah hinggalah pelajar peringkat rendah bawah dan atas memeriahkan lagi Sambutan Hari Raya tersebut. Di samping itu, para pelajar juga memperagakan pakaian Hari Raya masing-masing dan beberapa pelajar telah berjaya terpilih sebagai pemenang Pertandingan Pakaian Tercantik.
Majis berkenaan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan menerapkan amalan bermaaf-maafan selain mempromosikan amalan kunjung-mengujungi pada musim Lebaran dengan menganjurkan kelas-kelas terbuka Aidilfitri.