Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Mac – Hampir 100 peserta terdiri daripada kalangan murid Sekolah Fairview dan juga para ibu bapa, hari ini, telah menyertai acara walkaton yang berlangsung di sekolah berkenaan di Kampung Manggis Satu.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya merasmikan walkaton tersebut ialah Dato Seri Laila Jasa Haji Ahmad bin Dato Paduka Matnor dan Datin Paduka Hajah Fatimah binti Dato Paduka Haji Husin.
Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Selamat oleh Awang Norazmi bin Haji Ahad, diikuti dengan ucapan daripada Pengarah Akademik Sekolah Fairview, Datin Paduka Hajah Fatimah.
Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para murid yang berjaya mengutip wang yuran walkaton berkenaan, di mana pemenang pertama berjaya membawa pulang basikal bersaiz 26, tempat kedua membawa pulang hadiah basikal bersaiz 20 dan Tri Scooter bagi pemenang ketiga.
Terdahulu, acara dimulakan dengan sesi senaman yang diketuai oleh murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6.
