Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Sekolah Filipina dibuka sepenuhnya pada Nov

    MANILA, 5 JULAI – Filipina akan membuka sepenuhnya semua sekolah pada November, buat pertama kali selepas lebih daripada dua tahun, Presiden Ferdinand Marcos Jr berkata hari ini, ketika pakar-pakar memberi amaran mengenai peningkatan krisis pendidikan yang dicetuskan oleh pandemik COVID-19.

    Negara itu adalah antara yang terakhir menyambung semula kelas-kelas bersemuka sejak pandemik bermula dengan sekolah-sekolah ditutup pada Mac 2020 seiring dengan sekatan-sekatan yang berpanjangan.

    Agensi kanak-kanak PBB telah memberi amaran bahawa penutupan sekolah telah menyebabkan kehilangan besar dalam pendidikan di seluruh dunia, dengan sebilangan kerajaan lambat membuka semula bilik-bilik kelas meskipun kadar vaksinasi meningkat.

    “Kami mempunyai pelan bagi (persekolahan) bersemuka menjelang November tahun ini,” Marcos memberitahu sidang media pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai pemimpin negara itu.

    Marcos berkata pembukaan-pembukaan sekolah akan bermula dari September dan terus dilaksanakan dalam tempoh dua bulan seterusnya, di samping kempen vaksinasi.

    Kira-kira 64 peratus daripada 110 juta penduduk negara itu telah lengkap vaksinasi.

    Bekas presiden Rodrigo Duterte hanya membenarkan kanak-kanak kembali ke bilik kelas di 100 buah sekolah daripada 61,000 pada November tahun lalu, tetapi tidak membenarkan penyambungan penuh sebelum penggalnya berakhir bulan lalu, memetik kebimbangan-kebimbangan kesihatan. – AFP

    Guru Calvin Erol Alcantra kelihatan di hadapan komputer riba sambil mengajar murid-muridnya online pada hari pertama persekolahan online di Filipina, dalam gambar fail 13 Sept tahun lalu. Negara itu akan memulakan persekolahan bersemuka pada November ini selepas pandemik. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...