Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Sekolah Model Khas K11 kurangkan keciciran

    KUALA LUMPUR, 11 SEPT – Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) akan dibangunkan di Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan kadar keciciran murid daripada Tingkatan 3 ke 4, selain menyediakan akses kepada pendidikan sehingga 11 tahun iaitu dari Darjah 1 hingga Tingkatan 5.

    Menurut Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang dikeluarkan Kementerian Ekonomi hari ini, lebih banyak sekolah daif yang berada pada skala tujuh berdasarkan Indeks Penilaian Keadaan Bangunan Sekolah turut akan diganti.

    “Pusat kanak-kanak berkeperluan khas di Sabah dan Sarawak akan turut dibina bagi memastikan kanak-kanak autisme menerima intervensi dan pendidikan di peringkat awal,” menurut laporan kajian itu.

    Pada masa sama, tumpuan diberikan kepada peningkatan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru melalui penyesuaian dan pemahaman budaya setempat di kawasan luar bandar dan pedalaman.

    Selain itu, kemudahan dan infrastruktur termasuk infrastruktur digital di sekolah dan pejabat pendidikan juga akan ditambah baik.

    Dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat, sebanyak 26,000 rumah usang akan dibaik pulih dan dibina semula di bawah Program Bantuan Rumah untuk menambah baik keadaan tempat tinggal golongan miskin di Sabah dan Sarawak. – Bernama

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...