Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Sekolah Nusa Laila Puteri anjur majlis konvokesyen

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Sekolah Nusa Laila Puteri petang tadi telah mengadakan majlis konvokesyen bagi para pelajar Tahun 6 dan Tahun 11 serta penyampaian hadiah cemerlang tahun 2022 peringkat menengah Tahun 7 hingga Tahun 10 yang berlangsung di Aman Hills.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah.

    Dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh wakil Pegawai Pentadbir/Pemangku Pengetua/Timbalan Pengetua, Pengiran Haji Amir Khalid Abdul Aziz bin Prof Dr Pengiran Haji Amir Mohd Yussof mengongsikan majlis tersebut diadakan bagi memberi penghargaan atas kejayaan dan pencapaian pelajar-pelajar dalam bidang akademik.

    Pada masa yang sama beliau turut mengucapkan setinggi penghargaan kepada para ibu bapa murid dan guru-guru yang banyak menyumbang kepada kejayaan pelajar di sekolah berkenaan berkat keprihatinan dan pengorbanan mereka.

    TYT Dato’ Raja Reza dalam ucapannya turut menasihatkan para pelajar yang diraikan pada majlis itu supaya terus meningkatkan usaha pada masa akan datang kerana kejayaan yang dicapai hari ini jelasnya adalah permulaan bagi menempuhi pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi nanti.

    Majlis pada petang tersebut turut dimeriahkan dengan beberapa persembahan daripada pelajar Tahun 6 Sekolah Nusa Laila Puteri cawangan Sungai Buloh, Kiulap dan Jangsak.

    Sementara itu, tetamu kehormat majlis turut menyempurnakan majlis penyampaian sijil dan hadiah bagi pelajar Tahun 11, pelajar-pelajar cemerlang yang memperoleh 5A dan kepada pelajar Tahun 6 dari ketiga-tiga cawangan Sekolah Nusa Laila Puteri.

    TYT Dato’ Raja Reza menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar semasa majlis berkenaan.
    Para pelajar yang diraikan bergambar ramai semasa majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...