Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekolah Pertama Tutong adakan latihan kebakaran

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 22 April – Sekolah Pertama Tutong, kelmarin, telah mengadakan latihan kebakaran bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Tutong yang melibatkan ahli-ahli jawatankuasa guru-guru, kakitangan dan murid-murid sekolah.

    Adapun tujuan latihan itu adalah untuk melatih warga sekolah khususnya guru-guru dan murid-murid cara untuk menyelamatkan diri ketika kecemasan atau kebakaran berlaku.

    Selain itu, latihan itu juga dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada guru-guru dan murid-murid mengenainya.

    Selain latihan, para guru dan murid-murid juga berkesempatan menyaksikan secara dekat jentera-jentera bomba.

    Tenaga pengajar bergambar ramai bersama anggota-anggota Balai Bomba Tutong.

    Turut hadir semasa latihan dijalankan ialah Yang Di-Pertua Pertama, Haji Osman bin Haji Yassin; Timbalan Yang Di-Pertua Pertama, Haji Mohd Zain bin Haji Tengah; Setiausaha Pendidikan Pertama, Awang Yakup bin Haji Abdul Rahman; Setiausaha Kegiatan 1 Pertama, Awang Shamsudin bin Haji Abu Bakar dan Pemangku Guru Besar, Dayang Noorhakymah binti Abdullah.

    Juga hadir bagi mengetuai Balai Bomba Tutong ialah Pegawai Balai Awang Hamdani bin Sidek dan Pegawai Unit Pencegah Kebakaran Bomba Tutong, Pegawai Balai Hajah Siti Alam binti Haji Ali.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda