Sekolah rendah ditunda di China

BEIJING, 12 JUN – Beijing berkata hari ini ia akan menangguh kepulangan pelajar sekolah rendah selepas tiga kes koronavirus baharu muncul di ibu negara, yang pertama selepas dua bulan tiada jangkitan di bandar itu.

China sebahagian besar berjaya mengawal jangkitan koronavirus tempatan, dan majoriti kes dalam beberapa bulan ini adalah warga luar negara yang diuji positif semasa mereka pulang.

Namun pihak berkuasa tempatan mengumumkan satu kes baharu tanpa sejarah perjalanan terbaharu di luar ibu negara semalam, diikuti oleh dua kes lagi hari ini. – AFP