Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Sekolah Rendah IQRA motivasikan pelajar

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – Bagi meningkatkan motivasi para murid agar beroleh kejayaan sekali gus mendorong ke arah daya usaha kecemerlangan, Sekolah Rendah IQRA telah mengadakan program motivasi bertajuk Be The Best, Do The Best, Get The Best bagi pelajar Tahun 6 berserta ibu bapa atau penjaga mereka yang berlangsung di sekolah berkenaan di Kampung Manggis, baru-baru ini.

    Sesi motivasi itu telah disampaikan oleh penceramah bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Haji Abdul Rahman bin Haji Nawi.

    Turut hadir ialah Pemangku Guru Besar Sekolah Rendah IQRA, Awang Abdul Azri bin Abdul Wahab.

    Program juga menekankan kepentingan peranan ibu bapa atau penjaga dalam memastikan pembelajaran anak-anak mereka berjalan dengan sebaik-baiknya.

    Selain itu, sesi motivasi juga mengemukakan tip perkongsian ilmu dan kaedah menjawab serta memahami soalan dan pembahagian masa belajar yang efisien dan produktif di rumah.

    Haji Abdul Rahman semasa menyampaikan ceramah pada program motivasi yang diadakan di Sekolah Rendah IQRA, Kampung Manggis, baru-baru ini. – Gambar serahan Sekolah Rendah IQRA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...