Sekolah rendah UK dibuka 1 Jun

LONDON, 25 MEI – Sekolah-sekolah rendah di England akan dibuka semula pada 1 Jun, umum Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, kelmarin.

Hanya murid-murid yang berusia empat hingga lima tahun dalam tahun satu persekolahan, mereka yang berusia lima hingga enam dalam tahun satu, dan mereka yang berumur 10 hingga 11 dalam tahun akhir sekolah rendah yang dibenarkan untuk menyambung persekolahan, beliau memberitahu dalam persidangan berita.

Pelajar sekolah menengah akan kembali bersekolah kemudian, dengan ‘beberapa kontak’ antara guru dan pelajar yang lebih tua yang bersedia menduduki peperiksaan dari 15 Jun, tambah beliau.

Membuka semula sekolah telah menimbul kontroversi, dengan Britain mencatatkan kadar kematian tertinggi koronavirus di Eropah dan kadar jangkitan kedua tertinggi di Eropah. Menurut angka kerajaan yang terkini, hampir 37,000 orang telah meninggal dunia selepas diuji positif. Statistik yang lebih meluas termasuk suspek kes telah mencatatkan angka melebih 41,000 orang. Persatuan pengajar minggu lalu menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan rancangan untuk membuka semula persekolahan, tatkala ia beransur-ansur melonggarkan sekatan perintah berkurung, berdasarkan kebimbangan mengenai kesihatan dan keselamatan yang berlarutan. – AFP