Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Sekolah-sekolah di NZ diancam bom

    WELLINGTON, 28 JULAI – Sekurang-kurangnya berbelasan sekolah di seluruh New Zealand diancam bom hari ini, mengakibatkan gangguan berleluasa yang dipercayai berpunca daripada serangan siber dari luar negara.

    Kebanyakan sekolah terlibat sama ada ditutup atau dikosongkan kerana ancaman itu.

    Satu gelombang baharu ancaman berlaku dalam masa 24 jam selepas satu panggilan palsu diterima empat buah sekolah New Zealand di Waikato, Thames dan Gisborne di North Island.

    Presiden Persekutuan Guru-guru Besar New Zealand, Cherie Taylor-Patel memberitahu RNZ bahawa dia bercakap dengan Kementerian Pendidikan yang ‘memahami bahawa ia sebenarnya adalah cyberbot yang datangnya dari luar negara.

    Polis New Zealand dalam satu kenyataan mengatakan bahawa mereka ‘tidak percaya adanya risiko keselamatan.’ – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...