Sekolah-sekolah terima sumbangan

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JULAI – Hengyi Industries Sdn Bhd (Hengyi) mendermakan sejumlah 10,000 penutup mulut dan hidung serta 1,000 pasang sarung tangan kepada sekolah-sekolah di Mukim Serasa, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu.

Penyampaian sumbangan telah diadakan kelmarin dan hari ini, yang disempurnakan oleh Eksekutif Komunikasi Korporat Hengyi Industries, Pengiran Yura Masraniwaty binti Pengiran Yura Perkasa.

Sumbangan disampaikan kepada pengetua-pengetua dan kakitangan Pusat Tingkatan Enam Meragang, Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Sekolah Rendah Kapok, Sekolah Rendah Serasa, Sekolah Rendah Sultan Umar Ali Saifuddin Muara dan Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei, Muara.

Turut hadir pada majlis sumbangan tersebut ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Pemangku Penghulu Mukim Serasa, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman yang juga ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong.

Sumbangan tersebut diharapkan dapat membantu sekolah-sekolah untuk langkah berjaga-jaga yang diperlukan bagi memastikan kesejahteraan pelajar dan kakitangan bagi fasa ketiga pelan de-escalation yang menyaksikan sekolah-sekolah sudah pun mula disambung baru-baru ini.

Pengiran Yura Masraniwaty menyampaikan sumbangan berupa penutup hidung dan mulut dan sarung tangan.