Sekolah Sibu guna sistem penggiliran

SIBU, 4 APRIL – Semua sekolah rendah dan menengah di Daerah Sibu akan memulakan sistem penggiliran kelas bermula esok bagi mengekang penularan COVID-19 di sekolah.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Dr Annuar Rapaee berkata langkah itu dibuat setelah mengambil kira faktor keselamatan dan kesesakan pelajar ketika berada di sekolah.

“Kita mahu mengurangkan pelajar di sekolah pada satu-satu masa. Pada minggu lepas semasa sesi persekolahan bermula, semua pelajar hadir sehingga menyebabkan berlakunya kesesakan,” katanya dalam satu kenyataan melalui laman media sosial miliknya semalam. – Bernama