Sekolah ST James terima sumbangan

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 25 MEI – Dalam usaha untuk memastikan kesihatan para pelajar dan guru-guru, Syarikat Seri Ladang, Kuala Belait telah menyumbangkan pelbagai peralatan perlindu-ngan kesihatan kepada Sekolah St James, baru-baru ini.
Antara peralatan yang disumbangkan termasuk 108 botol hand sanitizer dan 30 pelindung muka yang disampaikan oleh H W Wong selaku wakil syarikat berkenaan.
Sumbangan telah diterima oleh Pengetua Sekolah St James, Dayang Riman binti Sitai pada majlis yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan.

Pihak sekolah menyatakan bahawa pelindung muka serta hand sanitizer yang disumbangkan untuk pelajar dan kakitangan sekolah berkenaan bertujuan untuk melindungi warga sekolah apabila sekolah dibuka tidak lama lagi.

Ini digambarkan oleh H W Wong apabila beliau menekankan mengenai kepentingan memakai pelindung muka dan hand sanitizer semasa wabak COVID-19 ini bagi melindungi orang kesayangan.

Oleh itu, pihak sekolah menyatakan penghargaan kepada syarikat berkenaan atas sumbangan tersebut.

Pelbagai peralatan perlindungan disumbangkan oleh Syarikat Seri Ladang kepada Sekolah St James. – Gambar serahan Sekolah St. James