Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekolah St John juara koir, Big ‘6’

    Oleh Imelda Groves HA

    Gambar oleh Achong Tanjong

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mei – Kumpulan koir Sekolah St John dinobatkan sebagai juara dalam Peringkat Akhir Pertandingan Koir Sekolah-sekolah Rendah Senegara yang mengetengahkan empat pasukan.

    Dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Dewan Raya RTB, di sini, pagi tadi, tempat kedua telah dimenangi oleh pasukan Sekolah Seri Mulia Sarjana diikuti oleh kumpulan dari Sekolah St George di tempat ketiga dan Sekolah Al-Falaah di tempat keempat.

    Majlis turut menyaksikan empat buah sekolah telah bertanding dalam Pertandingan Menjejak Juara Big ‘6’ iaitu pertandingan mendendangkan lagu-lagu patriotik Brunei secara a cappella iaitu nyanyian tanpa instrumen muzik dengan gabungan enam suara pelajar.

    Muncul juara dalam pertandingan berkenaan adalah pasukan Sekolah St John diikuti Sekolah Seri Mulia Sarjana di tempat kedua dan Sekolah Menengah Berakas di tempat ketiga.

    Penyampaian hadiah-hadiah telah disempurnakan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu.

    Pasukan pemenang bergambar ramai bersama Yang Berhormat Pehin Haji Hasrin pada majlis itu.
    Pasukan pemenang bergambar ramai bersama Yang Berhormat Pehin Haji Hasrin pada majlis itu.
    Sekolah St John yang menjuarai Pertandingan Menjejak Juara Big ‘6’ bergambar ramai bersama guru dan hadiah yang dimenangi.
    Sekolah St John yang menjuarai Pertandingan Menjejak Juara Big ‘6’ bergambar ramai bersama guru dan hadiah yang dimenangi.

    Penyertaan para murid sekolah rendah dalam Pertandingan Koir Sekolah-sekolah Rendah Senegara itu diharap akan dapat meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara di sam

    ping mengetengahkan dan mendedahkan lagi lagu kanak-kanak Brunei untuk menjadikannya sebagai satu cabaran untuk para murid mempersembahkan menerusi koir.

    Manakala itu, Pertandingan Menjejak Juara Big ‘6’ pula bertujuan meningkatkan daya kreativiti, mengembangkan bakat serta memberikan kemahiran kepada para pelajar sebagai sebuah kumpulan penyanyi yang membentuk nyanyian berharmoni.

    Acara berkenaan dianjurkan dan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Unit Akli bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33 tahun ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda